Monday, 21 October 2013

Assalamualaikum w.b.t...

kewujudan blog ini pada dasarnya adalah paksaan seorang akak senior yang menggunakan kuasa veto beliau ke atas saya anak buahnya bagi mewujudkan blog. yelah, wujudkan blog sebagai KPI bagi suatu matlamat yang telah ditetapkan. apa dia matlamat tersebut..? biar rahsia

pada mulanya bila dengar kena wujudkan blog, serius rasa tidak suka. bernanah telinga ni..haila..saya faham diri saya jenis macam mana. tidak suka menulis dan malas meng'update'. hanya tahu membaca sahaja.

nak mewujudkan blog sampai akak senior ni meletakkan due date masa lagi. punya lama bagi masa tapi yelah saya orang KETEKAQ (degil), makanya saya minta akak senior tersebut rasionalkan saya kenapa perlu wujudkan blog. dan ini jawapan beliau:

"tak perlu tapi boleh cuba. yang bercakap khusus hanya pada yang mendengar. tapi yang menulis akan kekal dalam penulisannya. the more we write, the more we need to know, the more we need knowledge, the more we read, the more we talaqqi, the more we seek Allah's guidance for what we have written. boleh je tak buat :) dengan syarat untuk master nanti cuba bentang viva je, tak antar thesis. Chaiyok _._._._._._._._! ^_< "

itulah, kalo dah benci jangan keterlaluan sangat boleh jadi akan meng'update' punyalah blog ni. kata-kata Tuhan itu benar belaka (...boleh jadi apa yang dibenci baik buat kita, apa yang disayang buruk bagi kita...). Ayat lengkap, rujuk - 2:216

dan, emmm.. inilah hasilnya. kan da menulis da ni. tapi itulah selepas ni jika nak menulis, perlu lebih berhati-hati. tulisan juga cerminan diri.

emmm...

wassalam

No comments:

Post a Comment