Assalamualaikum w.b.t...
makin banyak diri ini menerima berita gembira sahabat2 yang bakal menukar status diri, melangkah ke satu fasa hidup yang baru. syukur dan gembira buat kalian. moga dikurniakan mawaddah wa rahmah, dimudahkan segala urusan, dibantu oleh Tuhan dalam mengatur bahtera hidup bersama. berusahalah menjadikan dan mewujudkan keluarga yang bakal dilahirkan adalah keluarga yang menjadi contoh kepada masyarakat sekeliling dengan mengikut acuan qudwah hasanah kita, Rasulullah SAW.
peri penting untuk melihat dan menilai kembali makna perkahwinan kepada diri kita. apakah visi dan misi yang ingin dibawa? bagaimana mahu memandu perkahwinan dan keluarga ini dalam wasilah menuju Tuhan? bagaimana fungsi individu yang perlu dimainkan bagi pembentukan generasi salafussoleh akan datang? bagaimana pembangunan generasi pembangun agama Tuhan yang bersifat ummatik? semua itu boleh dirancang dengan dipandu oleh ilmu dan petunjuk Tuhan.
Barakallahu'alaikum :)
hati berentak gembira buat kalian, sahabat2...
sangat2...
doa dipohon jua buat alfaqir moga dipermudahkan urusan...
dibersihkan dan ditetapkan hati...
mudah2an...
pesan seorang sahabat:
"Dalam dunia ni ada 3 alam. i) alam nyata, ii) alam khayal, iii) alam ghaib. apa yg kita lalui sehari hari ini benda yang nyata. alam ghaib itu tidak diketahui. adapaun alam khayalan ialah muqaddimah kepada alam ghaib..maksudnya apa yang kita sangka. jadi dalam soal memilih jodoh asasnya adalah ikut apa yang agama suruh pilih. setelah ikut apa yang agama suruh, barulah cari apa yang kita khayalkan. masing2 ada khayalan masing2 dan itu tak salah tapi setelah memilih, hiduplah dengan realiti. jangan hidup dengan khayalan. maka kita akan bahagia. adapun nak cari sendiri, nak org carikan, terpulang. adapun tentang istikharah itu tugas kehambaan. tak rugi orang yang istikharah dan istisyarah. ya kita tidak tahu, sebab itu disuruh istisyarah. bagi mereka yg ada murabbi, mereka serahkan pilihan itu pada murabbi. maka ada keberkatan disitu. kalau tiada murabbi, takpe la. istikharah sendiri. kemudian istisyarah. insya Allah ada berkatnya. mungkin saja silap pilihan itu tapi silap itu bukan hukuman, tapi hikmah bagi kita sebab kita dah serahkan urusan itu pada Allah. Istikharah tak semestinya kita akan dapat jawapan yang tepat. mungkin saja salah, tapi salah itu ada hikmah yang disusun. maka tak akan rugi. apapun jangan tinggal 2 benda itu (istikharah & istisyarah)."
*untuk mulakan langkah pertama dalam setiap fasa hidup memerlukan kepada penelitian keputusan yang dibuat. senantiasa berdamping dengan Tuhan, susah senang, senantiasa*

